Engku Emran, Noor Nabila cerai talak satu

No Image Caption
A
A
A

IKATAN perkahwinan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terlerai dengan talak satu selepas pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya meluahkan apa yang dirasakan setelah perkahwinan kali ketiga yang dibina dua tahun lalu turut berakhir dengan perceraian.

"Jika bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba pertahankannya, ia tetap tidak akan jadi milik anda.

"Sebab kita hanya merancang, tetapi DIA ada perancangan yang lebih baik.

"Semoga DIA membimbing, merawat dan mengisi hati saya dengan ketenangan," ujarnya.

Minggu lalu, Nabila mendedahkan bakal mengakhiri perkahwinannya bersama Engku Emran selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan rumah tangga mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 19 Mac 2021 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum menikahi Noor Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bintang terkenal, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Mereka kemudiannya bercerai pada 18 Februari 2014.

Artikel Berkaitan:

Selepas tiga tahun menduda, Engku Emran berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017, tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun.

Sementara itu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sebelum menikahi Sharnaaz, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.