Noor Nabila sahkan bakal bercerai dengan Engku Emran

Emran, Nabila
Emran, Nabila
A
A
A

KAKAK kepada Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor akhirnya mengakui perkahwinannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berakhir sedikit masa lagi.

Menurut Noor Nabila, mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari lalu dan Engku Emran sendiri sudah menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan perkahwinan mereka.

"Alhamdulillah, ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Memilih untuk merahsiakan punca kepada masalah rumah tangga mereka, Nabila berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dan pastinya mengimpikan perkahwinan yang dibina kekal buat selamanya.

"Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

"Sepatutnya, kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

"Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui," jelasnya.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tetapi perkahwinan itu juga tidak bertahan lama.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Engku Emran berkahwin dengan bintang yang pernah mendapat jolokan Primadona Filem iaitu Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.