Rasuah: Bekas naib gabenor bank pusat China didakwa

Fan Yifei - Foto REUTERS
Fan Yifei - Foto REUTERS
A
A
A

BEIJING - Pendakwaan awam telah dimulakan terhadap bekas naib gabenor People's Bank of China, Fan Yifei kerana disyaki menerima rasuah, lapor Xinhua.

Pejabat Pendakwa Perbandaran Huanggang di Wilayah Hubei baru-baru ini memfailkan saman terhadap Yifei di Mahkamah Perantara Huanggang, menurut kenyataan rasmi pada Rabu.

Tindakan perundangan diambil setelah siasatan oleh Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan terhadap kes Yifei selesai. Beliau juga merupakan bekas ahli jawatankuasa Parti Komunis China bank itu.

Pihak pendakwaan menuduh Yifei menyalahgunakan jawatannya secara tidak adil untuk memberi manfaat kepada pihak lain dan menerima jumlah wang serta barang berharga yang sangat besar secara haram sebagai balasan.

Pegawai pendakwaan berkata, Yifei sepatutnya bertanggungjawab secara jenayah kerana melakukan jenayah pengambilan rasuah. - Bernama

Fan Yifei

Artikel Berkaitan: