Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SEREMBAN - Empat kakitangan perubatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja-kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

Suspek yang merupakan tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

Menurut sumber, suspek ditahan antara jam 4 petang hingga 7 malam, Isnin di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika diminta hadir memberi keterangan.

"Kesemuanya bertugas di hospital yang sama dipercayai menerima wang rasuah melibatkan lebih kurang 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat di antara tahun 2022 dan hingga 2023," katanya.