Lelaki pengsan ketika turun Bukit Apek

Anggota bomba membawa turun mangsa yang dilaporkan pengsan di Bukit Aspek pada Rabu.
Anggota bomba membawa turun mangsa yang dilaporkan pengsan di Bukit Aspek pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki berusia 51 tahun dilaporkan pengsan ketika menuruni Bukit Apek di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.08 petang.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa menjalani aktiviti mendaki bersama 10 orang rakannya.