Pertarungan empat terbaik Piala Raja Muda Selangor

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KEHANGATAN Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor 2023 semakin membara dengan empat pasukan akan berentap merebut slot final edisi ke-34 kali ini.

Perlawanan tumpuan kelompok empat terbaik pada Rabu, terarah kepada pasukan pilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 menentang SK Puchong di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya.

SK Seksyen 20 mengesahkan kemaraan selepas mudah mengatasi mengatasi SK 1 Petaling Jaya, 3-0 di padang SK Seri Selangor, Subang Jaya.

Kemaraan naib juara tahun lalu SK Puchong pula berdepan laluan berliku apabila terpaksa ditentukan dengan kemenangan penentuan sepakan penalti 4-3 mengatasi Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI) Seksyen 7 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di padang SK Taman Alam Megah, Shah Alam.

Satu lagi perlawanan yang dijangka tidak kurang sengit adalah pertemuan penyandang juara SK Seri Selangor menentang SK Taman Alam Megah di padang di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya.

SK Seri Selangor juga mara bergaya selepas membelasah SK Serdang 4-1 di padang SK Seri Selangor.

Sementara itu, SK Taman Alam Megah pula mengesahkan status kelompok empat terbaik setelah menjinakkan SK Seksyen 7 Kota Damansara, 2-0 di padang SK Taman Alam Megah.

Edisi ke-33, SK Seri Selangor muncul juara selepas menewaskan SK Puchong 2-1 dalam perlawanan akhir di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Piala DYTM Raja Muda Selangor merupakan kejuaraan bola sepak Bawah 12 tahun melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad).