Asnawi akhiri penantian pingat kontinjen Malaysia di Hangzhou

Asnawi meraih gangsa dalam acara ILCA 4 lelaki Sukan Asia Hangzhou di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan pada Selasa. - Foto FB MSN
Asnawi meraih gangsa dalam acara ILCA 4 lelaki Sukan Asia Hangzhou di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan pada Selasa. - Foto FB MSN
A
A
A

PENANTIAN Kontinjen Malaysia untuk meraih pingat pertama di bumi Hangzhou berakhir apabila kem pelayaran menghadiahkan pingat gangsa pada hari ketiga temasya Sukan Asia 2022 sebentar tadi.

Penghormatan sebagai pemenang pingat pertama bagi Kontinjen negara pada Sukan Asia kali ini diterima pelayar berusia 17 tahun, Asnawi Iqbal Adam dalam acara ILCA 4 lelaki di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih kurang 170 kilometer (km) dari Hangzhou.

Walaupun Asnawi menamatkan perlumbaan terakhir daripada 11 perlumbaan di kedudukan kesembilan hari ini, beliau berjaya mengekalkan kedudukan ketiga dengan 42 mata penalti.

Emas menjadi milik pelayar Thailand Weka Bhanubandh (13 mata), manakala Isaac Goh (21) dari Singapura membawa pulang perak. - Bernama

Artikel Berkaitan: