Bunga Raya 7s tewas di Hangzhou 2022

PUJIAN wajar diberikan kepada skuad ragbi tujuh sebelah lelaki (7s) negara biarpun terkandas di suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas 5-26 kepada pemenang pingat gangsa edisi lalu, Korea Selatan pada Isnin
Sebelum ini, dalam edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, skuad Bunga Raya 7s itu tewas 5-40 kepada lawan sama di pentas sama.
Jurulatih kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata, anak buahnya telah memberikan yang terbaik untuk menyaingi kehebatan Korea Selatan biarpun terdapat jurang perbezaan berdasarkan di atas kertas.
“Tengok keputusan ini berbeza dengan ketika lawan mereka (Korea Selatan) sebelum ini, paling penting mentaliti pemain, kali ini mereka bagi yang terbaik.