UniSZA lancar jongkong emas edisi terhad

Warga UniSZA menunjukkan koleksi unit jongkong emas alumni edisi terhad
Warga UniSZA menunjukkan koleksi unit jongkong emas alumni edisi terhad
A
A
A

KUALA NERUS - Sebanyak 500 unit jongkong emas alumni Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) edisi terhad dilancarkan sempena Sambutan Hari Alumni UniSZA 2023 pada Isnin.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Profesor Madya Datuk Ts Dr Mohd Hafiz Yusoff berkata, pelancaran jongkong emas itu sebagai koleksi peminat yang suka mengumpul emas selain dapat dijadikan kenangan kepada alumni serta warga UniSZA sendiri.

Menurutnya, kerjasama UniSZA bersama KAB Goldynamics Sdn Bhd bukan sahaja dapat memberi impak positif kepada universiti berkenaan malah turut membuka ruang kepada semua orang untuk memiliki jongkong emas edisi terhad.

"Mungkin jongkong emas ini juga boleh dijadikan hadiah dan honorium bagi fakulti yang mengadakan seminar mahupun program universiti.