Presiden Korea Selatan alami hidung berdarah semasa mesyuarat Kabinet

SEOUL - Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengalami pendarahan hidung semasa mesyuarat Kabinet di pejabat presiden pada Isnin.
Seorang pegawai kerajaan berkata, kejadian itu berkemungkinan disebabkan jadual padat beliau semasa dan selepas lawatan ke New York minggu lepas.
Suk Yeol berada di New York dari Isnin hingga Jumaat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bertemu dengan 47 ketua negara luar, termasuk menghadiri 41 sidang kemuncak dua hala.
"Presiden mempunyai jadual kerja dua hala yang ketat di New York dan meneruskan jadual yang padat dengan menghadiri acara awam sejurus selepas pulang," lapor Yonhap memetik kenyataan pegawai itu.