'SPRM tanya empat soalan saja, saya bukan orang jahat' - Sanusi

Sanusi
Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.

Beliau berkata, ia berlangsung pada Ahad lepas (minggu lalu) di pejabatnya di Alor Setar.

Menurutnya, SPRM hanya mengambil keterangan dengan mengemukakan empat soalan berkaitan REE, namun tiada sebarang penyerahan dokumen berkaitan.

“Semua sudah selesai. Empat soalan saja, saya bukan orang jahat, nak tanya banyak-banyak. Saya ni dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun cukup dah,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Isnin.