Anis Rizana wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Kastam

Anis Ruzana
Anis Ruzana
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) baharu berkuat kuasa hari ini.

Ia menjadikan Anis sebagai wanita pertama menyandang jawatan nombor satu di jabatan itu.

Anis, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Western Michigan University, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 29 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada 1994.

Anis berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar, ekonomi, pengurusan dan kewangan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh Anis Rizana untuk menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan ke arah mencapai visi Malaysia Madani.

"Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Zazuli Johan atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam terutamanya sepanjang tempoh menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam," katanya.

Artikel Berkaitan: