Mayat wanita ditemui dalam mulut buaya

Polis telah mengenal pasti mayat seorang wanita yang ditemui di dalam mulut seekor buaya pada petang Jumaat berhampiran Teluk Tampa, Florida, Amerika Syarikat.
Polis telah mengenal pasti mayat seorang wanita yang ditemui di dalam mulut seekor buaya pada petang Jumaat berhampiran Teluk Tampa, Florida, Amerika Syarikat.
A
A
A

WASHINGTON - Polis telah mengenal pasti mayat seorang wanita yang ditemui di dalam mulut seekor buaya pada petang Jumaat berhampiran Teluk Tampa, Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Syerif Daerah Pinellas mengenal pasti wanita itu sebagai Sabrina Peckham, 41 tahun.

Punca kematiannya sedang dalam siasatan, menurut United Press International (UPI).

Penguatkuasa undang-undang menerima panggilan mengenai buaya itu, yang berada di dalam air di Largo, Florida, kira-kira jam 1.50 petang, lapor WTSP.