Sabah dituntut mula lebih garang di Ipoh

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
A
A
A

PEMAIN Sabah FC dituntut untuk menampilkan permulaan garang apabila berdepan Perak FC dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak pada Isnin.

Malah, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya kemenangan ke atas kelab Singapura, Hougang United dalam kempen Kumpulan H Piala AFC di Likas merupakan tonik mujarab untuk The Rhinos kembali bangkit.

“Ya, kita tiada pilihan kecuali melakar keputusan positif sekiranya berhasrat mara ke separuh akhir.

"Selepas apa yang berlaku di Likas ketika kita seri menentang Perak, para pemain kembali lebih berdisiplin untuk menang ke atas Hougang.

“Saya percaya tiada apa yang mustahil untuk Sabah melakukan kebangkitan biarpun beraksi di Stadium Perak, sekiranya tampil lebih konsisten,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Di Stadium Likas, Perak mempamerkan kebangkitan apabila mengikat Sabah 2-2 pada aksi suku akhir pertama baru-baru ini.

Pada masa sama Kim Swee sekali lagi mengingatkan para pemain The Rhinos tidak memandang rendah The Bos Guarus kendalian Yusri Che Lah tersebut.

“Biarpun saya menjangkakan Perak akan lebih tertekan tambahan pula beraksi di laman sendiri. Namun semuanya berbalik kepada para pemain Sabah untuk memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan ini.

Artikel Berkaitan:

“Paling penting seperti yang selalu saya tekankan setiap peluang menjaringkan gol perlu diterjemahkan sebaik mungkin selain elakkan dibolosi,” katanya.