Piala Malaysia: Selangor berdepan tugas berat

PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui pasukannya bakal berdepan tugas sukar untuk memadam kelebihan dua gol yang dimiliki Terengganu FC (TFC) pada aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ahad depan.
Menurutnya, kekalahan 0-2 kepada TFC itu menjadi pengajaran terbaik kepada pasukan dan perlu memperbaiki banyak kelemahan sebelum aksi suku akhir kedua nanti.
“Kita terpaksa bekerja keras untuk perlawanan kedua minggu depan. Kita perlu menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi defisit gol itu.
“Pemain perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk kita cuba bangkit dan mengulangi pencapaian musim lalu mara ke separuh akhir dan akhir," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.