'Saya mahu berubah jadi lebih baik, tapi Pelangai masih kekal begini'

Haslihelmy
Haslihelmy
A
A
A

BENTONG - Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli terkilan kerana menjadi mangsa serangan peribadi yang mengungkit kisah silamnya sebagai seorang yang pernah melakukan kesalahan jenayah.

Beliau mempersoalkan tindakan seorang blogger yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak mengundinya sedangkan dirinya terbukti layak bertanding dan menjadi calon sah bagi PRK DUN Pelangai.

"Kenapa diungkit kisah lalu saya? Hakikatnya saya masih layak bertanding dan tiada halangan selepas melalui semakan pelbagai agensi.

"Bukan sahaja saya, malah ramai dalam kalangan ahli politik ketika ini walhal dalam BN sendiri pun bukan semuanya bersih. Tapi masih layak bertanding dan menjadi wakil rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Tambah Haslihelmy, jika benar ada kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak memberi gambaran dirinya tidak mahu berubah.

"Manusia tidak lari melakukan kesalahan dan saya sentiasa mengubah diri. Manusia seperti saya pun mahu mengubah diri daripada membuat kesalahan kepada menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Tapi di Pelangai ini, ia masih kekal begini. Tidak diubah pembangunan dan yang menerima kesannya adalah rakyat di Pelangai sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: