Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.
Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit di Facebook, beliau menegaskan tuduhan yang dilemparkan itu sangat besar dan boleh menjejaskan imejnya.
“Ini satu fitnah yang besar dan kepada penyebar, ya anda mungkin gembira kerana ia sudah tular tetapi itu gembira di dunia.
“Menjawablah di akhirat kelak. Ini satu perbuatan yang cukup jahat,” katanya pada Ahad.