Mohd Nor dilantik speaker DUN Terengganu

Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu
Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu pada penggal ke-15 hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong secara rasmi mengangkat sumpah jawatan itu di depan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Zulkifly Isa di Wisma Darul Iman.

Mohd Nor, 51, sebelum ini memegang jawatan sebagai Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan pada 2018 berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al-Azhar.

Dalam pada itu, ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN negeri pada penggal kali ini.

ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN negeri
ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN negeri

Khazan, 54, yang merupakan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Nerus mencipta kejutan apabila menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan majoriti 2, 797 undi.

Pada majlis itu, seramai 32 wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu bagi penggal ke-15.

Majlis angkat sumpah ADUN Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman itu diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diikuti barisan Exco dan ADUN lain-lain yang dilakukan di hadapan Mohd Nor.

Artikel Berkaitan:

Pada 22 Julai lepas, Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Perkembangan itu pastinya membuka lembaran baharu dalam politik di Terengganu apabila fungsi pembangkang sebagai semak dan imbang kepada kerajaan tidak berlaku dalam tempoh penggal ini

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri susulan tiada wakil Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai ADUN dalam PRN.