Budak 11 tahun maut ditetak rakan bapa tiri

Mangsa dibunuh dalam kejadian di sebuah perumahan pekerja Felda Sahabat 30, Lahad Datu pada Sabtu.
Mangsa dibunuh dalam kejadian di sebuah perumahan pekerja Felda Sahabat 30, Lahad Datu pada Sabtu.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang kanak-kanak lelaki maut akibat ditetak oleh rakan kepada bapa tirinya dalam kejadian di sebuah perumahan pekerja Felda Sahabat 30, dekat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan halaman rumah dengan kesan tetakan oleh objek tajam dipercayai parang pada bahagian belakang dan depan kepala, belakang leher serta putus tapak tangan kiri.

Menurutnya, mangsa ketika kejadian ditinggalkan bersama suspek oleh kedua ibu bapanya kerana keluar bekerja di ladang kelapa sawit kira-kira jam 7.30 pagi.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi bagi menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.