KJ dicabar cakap depan-depan Zahid

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dicabar mendesak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan secara berdepan.

Seorang pengguna Twitter menyifatkan Khairy tidak sepatutnya hanya berani berkata-kata di Twitter sahaja.

“Harap KJ jangan hanya berani di Twitter sahaja ya. Cakap depan-depan (Zahid) juga,” tulisnya sambil berkongsi paparan skrin kenyataan Khairy.

Namun Khairy membalas kenyataan itu dengan menyatakan beliau secara jelas menyatakan perkara itu ketika bertanding dalam pemilihan parti bagi jawatan Presiden Umno.

“Cakap depan-depan? err...Saya lawan beliau untuk jawatan Presiden. Saya rasa beliau sudah tahu saya memang tak rasa beliau patut jadi Presiden,” tulisnya.
Artikel Berkaitan:


Semalam, Khairy berkongsi laporan berita Sinar Harian 'Hanya PAU yang boleh lucutkan jawatan saya' dengan meyifatkan sudah tiba masanya orang nombor satu parti itu mengundurkan diri.

Sebelumnya beliau turut menggesa parti itu mengadakan pemilihan parti serta-merta selepas menyaksikan Umno di Sabah lumpuh apabila hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Namun Ahmad Zahid menegaskan hanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang boleh melucutkan jawatan yang dipegangya itu dan beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan supaya melepaskan jawatan.