Didakwa main golf semasa UNGA: SUA Saifuddin Nasution akan fail saman

Muhammad Zakwan turut memuat naik gambarnya yang sedang menikmati hidangan kenduri dalam hantarannya di Facebook pada Sabtu.
Muhammad Zakwan turut memuat naik gambarnya yang sedang menikmati hidangan kenduri dalam hantarannya di Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal akan memfailkan saman berhubung dakwaan tular kononnya beliau bermain golf semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat (AS).

Muhammad Zakwan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap individu yang membuat dakwaan berkenaan.

"Saya ada dekat Negeri Sembilan tengah makan kenduri. Tak sangka ada orang tularkan saya tengah main golf di Pebble Beach, AS.

"Lepas makan kenduri ni nak pergi balai polis dan cari peguam. Untung sabut menang saman insya-Allah," kata Bendahari PKR Cabang Tasek Gelugor itu dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.