Insiden tembak di Kanada: Pegawai polis maut, 2 cedera

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

OTTAWA - Seorang pegawai polis ditembak mati manakala dua lagi cedera pada Jumaat semasa melaksanakan waran geledah di sebuah rumah di Coquitlam, sebuah bandar kira-kira 30 km timur Vancouver, Kanada, lapor Xinhua.

Suspek juga ditembak dan cedera parah, menurut kenyataan polis.

"Pegawai yang hadir terlibat dalam pertengkaran dengan seorang lelaki yang mengakibatkan beberapa pegawai cedera dan lelaki itu ditembak," katanya.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital, tetapi seorang daripada pegawai polis itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Media tempatan melaporkan Pasukan Siasatan Pembunuhan Bersepadu telah diarahkan untuk menyiasat kejadian tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: