PM pertahan staf lantikan politik

Dr Mahathir - Foto Bernama
Dr Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menafikan bahawa pegawai lantikan politik mengganggu tugas-tugas penjawat awam ketika ini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata apa yang berlaku hanyalah perselisihan pendapat antara pegawai dan penjawat awam yang mungkin terjadi ketika proses mereka melaksanakan tugas.

"Tidak ada yang mengganggu, kadang-kadang ada percanggahan pendapat, jadi dia (pegawai lantikan politik) tegur.

"Itu bukan mengganggu, cuma perselisihan pendapat," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Menteri di sini hari ini.