Kismis California semarakkan kasih sayang raya

Chef Ili menunjukkan sajian yang beliau sediakan menggunakan Kismis California.
Chef Ili menunjukkan sajian yang beliau sediakan menggunakan Kismis California.
A
A
A

KISMIS merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sesungguhnya buah kering yang kecil ini kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.

Chef popular Ili Sulaiman menunjukkan cara menyediakan “Beriani Ayam Kismis California” dan “Roti Sosej Masala Kismis California” dengan menggunakan Kismis California.

“Raya adalah masa untuk bersama keluarga dan juga masa untuk menyediakan sajian makanan yang lazat tetapi tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyediakannya.

“Beriani Ayam Kismis California” dan “Roti Sosej Masala Kismis California” adalah sajian makanan kegemaran keluarga saya yang boleh disediakan lebih awal dengan menggunakan bahan serba guna dan berkhasiat.

"Ini mengurangkan masa yang perlu dihabiskan di dapur dan membolehkan saya meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama keluarga,” kata Chef Ili pada majlis Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) mempersembahkan keistimewaan Kismis California kepada 24 tokoh media sosial Malaysia di Berjaya University College of Hospitality, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tokoh-tokoh media sosial yang berpengaruh kemudian menyertai cabaran satu jam untuk mencipta resipi menggunakan Kismis California untuk hari lebaran, yang mencerminkan semangat kasih sayang, kemaafan, penghormatan, penghargaan, keredaan, kesyukuran, kerahmatan, keakraban, kebaikan dan saling menghormati.

Pemenang yang membawa pulang Hadiah Utama RM800 ialah pasukan Spice Girls, disusuli oleh pemenang Hadiah Kedua RM500, pasukan Abanjers dan pemenang Hadiah Ketiga RM300, pasukan Mahalo Aidilfitri. Masing-masing mengetengahkan sajian menyelerakan Ramadan Blessings, Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan dan Bumbu Kacang Nenda dan Sate Goreng.

Artikel Berkaitan:

Richard Lieu (baris belakang, dua dari kiri) bersama pasukan pemenang.
Richard Lieu (baris belakang, dua dari kiri) bersama pasukan pemenang.

Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Richard Lieu berkata, Kismis California adalah juga bahan serba guna yang boleh mengilhamkan pelbagai masakan – baik sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan pencuci mulut dan minuman – memandangkan semakin ramai pengguna kini menitikberatkan kesihatan dan gemar mencuba sajian masakan yang sihat tetapi lazat.

Kismis California bukan sahaja boleh menambah kelazatan sajian masakan, tetapi juga boleh menjadi sumber pemakanan yang sesuai untuk menambah khasiat dalam keadaan semasa yang menimbulkan banyak isu kesihatan, seperti diabetes (kencing manis).

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah kering yang sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini.

Untuk maklumat dan resipi Kismis California, sila kunjungi www.calraisins.org dan www.caraisins.com.