Padah lukis tatu inai bajet, lengan wanita melepuh teruk

Tatu inai menyebabkan seorang wanita mengalami alahan teruk. - Agensi
Tatu inai menyebabkan seorang wanita mengalami alahan teruk. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Tindakan seorang wanita melukis tatu gambar kucing kesayangannya dengan inai 'bajet' menjadi mimpi ngeri seumur hidupnya apabila lengannya mengalami lepuh teruk dan gatal sehingga meninggalkan parut, lapor Thaiger.

Pengguna akaun TikTok@Iamsesons yang menyiarkan video pada Jumaat memperincikan pengalaman pahitnya dengan tatu inai murah menyebabkan dia menderita.

"Saya menasihatkan anda agar tidak mengikuti tindakan saya, ini bukan mengenai kedai atau sama ada anda alah," katanya.

Pencinta tatu itu menyiarkan kapsyen pada videonya bersama tanda pagar #hennatatoo #hairyeallergy #catslave.

Wanita dalam video itu menyatakan dia mempunyai hasrat untuk melukis tatu kucing. Malangnya, ibu-bapanya melarang bertatu dan sebab itu dia memilih inai.

Bagaimanapun selepas bertatu, dia mengalami kegatalan kulit di kawasan tatu selain kulitnya melepuh.

Pada hari ketiga, terdapat bonjolan muncul di sekitar kawasan tatu inai dan menunjukkan garis merah.

Terdapat juga gejala kegatalan kulit di mana dia terpaksa mengambil ubat untuk merawatnya.

Artikel Berkaitan:

Walau bagaimanapun, ubat anti-alergi tidak membantu mengurangkan gejala yang dihidapinya dan secara keseluruhan keadaannya tidak bertambah baik.

Selepas berunding dengan doktor dan menjalani rawatan lanjut, keadaannya bertambah baik dan parut mula pudar.

Walau bagaimanapun, tatu inai meninggalkan parut samar dalam bentuk kucing, yang memberi peringatan mengenai kesilapannya sebelum ini. - Agensi