Enam suspek larikan logam mampat RM180,000 diberkas

Yahaya
Yahaya
A
A
A

IPOH - Enam lelaki yang mendalangi kes samun bersenjata di sebuah kilang elektronik di Jalan Lapangan Terbang di sini, minggu lalu berjaya diberkas.

Kesemua warga tempatan berusia antara 27 hingga 47 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor pada Khamis dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semasa kejadian, kumpulan terbabit telah memecah masuk dalam kawasan kilang dan mengikat pengawal keselamatan sebelum melarikan logam mampat bernilai lebih RM180,000 mengunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Selepas kejadian dilaporkan, polis telah melancarkan Op Kargo Carsem dengan mengumpulkan maklumat dan risikan sehingga tertangkapnya enam suspek berkenaan.

"Polis turut menemui semula kesemua besi mampat yang dilarikan termasuk kenderaan digunakan, pakaian dan telefon bimbit milik suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati, lima daripada suspek memiliki rekod jenayah pelbagai kesalahan manakala seorang didapati positif dadah jenis morfin.

Katanya, kesemua mereka telah direman selama lima hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan dengan bersenjata.

"Kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya suspek dan rampasan barang-barang kes.

Artikel Berkaitan:

"Polis sedang melengkapkan siasatan kes dan akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk pertuduhan," katanya.