Lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam ditahan

Tangkap layar rakaman video berkenaan.
Tangkap layar rakaman video berkenaan.
A
A
A

KLUANG – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam Ahad lalu berjaya ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek seorang lelaki tempatan ditangkap di Taman Intan, di sini kira-kira jam 1.30 petang.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif.

"Polis melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

"Polis mengesan satu video tular berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku pada jam lebih kurang jam 1 pagi di Taman Delima," katanya.

Menurut Bahrin, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.

"Suspek yang direman sehingga Ahad akan dituduh di mahkamah pada Isnin ini," katanya.

Artikel Berkaitan: