Banjir kilat jejaskan penduduk Baling

APM melakukan pemantauan di beberapa lokasi di Baling yang dilaporkan dinaiki air.
APM melakukan pemantauan di beberapa lokasi di Baling yang dilaporkan dinaiki air.
A
A
A

BALING - Sebanyak empat buah kampung di sini dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan cuaca buruk sejak Khamis.

Berdasarkan hantaran di laman sosial Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah dan APM Daerah Baling, empat kampung tersebut ialah Kampung Ulu Bakai, Kampung Seputih (Mukim Bakai), Kampung Lubuk Pedati (Mukim Baling) dan Kampung Padang Empang (Mukim Kupang).

Menurut hantaran berkenaan, tinjauan APM Daerah Baling mendapati beberapa buah kampung yang terjejas telah diberi nasihat untuk berpindah jika keadaan semakin buruk.

"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat jam 8 malam,"katanya.