Lima warga Indonesia seberang Sungai Golok ditahan

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan lima PATI warganegara Indonesia yang masuk ke negara ini melalui Sungai Golok di Tanah Merah pada Khamis.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan lima PATI warganegara Indonesia yang masuk ke negara ini melalui Sungai Golok di Tanah Merah pada Khamis.
A
A
A

TANAH MERAH - Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang masuk ke negara ini menggunakan laluan yang tidak sah melalui Sungai Golok di sini pada Khamis.

Menurut Markas 2 Divisyen, penahanan kesemua PATI itu dilakukan pada jam 12 tengah malam berpandukan kepada maklumat risikan mendapati kesemua mereka menyeberangi sungai menggunakan perahu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya merupakan warganegara Indonesia yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berumur antara 27 hingga 52 tahun.

"Pihak kami turut merampas enam buah telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Indonesia, lima pasport, 25 bentuk cincin suasa dan satu utas gelang manik dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM7,730.14," katanya.

Markas 2 Divisyen memberitahu, kesemua PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, pasukan itu sentiasa mengetatkan pengawalan dan akan terus memastikan keselamatan sempadan negara terpelihara.

Artikel Berkaitan: