Video tular: Pegawai Khas Fuziah lapor polis

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUANTAN - Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Khamis membuat laporan polis berhubung sebuah video tular berkenaan harga barang yang melibatkan timbalan menteri berkenaan, Fuziah Salleh.

Laporan itu dibuat menerusi Pegawai Khas Fuziah, Aidil Haryman Mat Nor, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini.

Menerusi laporan itu, Aidil Haryman memaklumkan tindakan itu bertujuan supaya siasatan segera dilaksanakan terhadap beberapa pengguna media sosial, yang catatan mereka dilihat berunsur fitnah dan menghasut rakyat agar mempercayai video lampau, yang tidak berkaitan dengan keadaan semasa.

"Saya merasakan bahawa perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan spekulasi serta menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang menteri kabinet Malaysia, selain meremehkan usaha beliau sebagai seorang Timbalan Menteri.