Agong santuni penduduk Sungkai

Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan. - Foto tangkap layar Facebook Istana Negara
Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan. - Foto tangkap layar Facebook Istana Negara
A
A
A

TANJUNG MALIM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan konvoi, disambut meriah oleh penduduk Sungkai ketika dalam perjalanan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, pada Khamis.

Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan melawat NWRC Sungkai bagi meninjau sendiri dengan lebih jelas usaha konservasi hidupan liar, termasuk Harimau Malaya yang diselamatkan daripada kecederaan, penyeludupan, rampasan dan serahan, di Semenanjung Malaysia.

Keberangkatan Seri Paduka kira-kira pukul 11.30 pagi itu, turut diiringi Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.