LTdL: Muslihat akhir dua pasukan gergasi dunia

Bahang kehangatan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan membuka tirainya di Kerteh, Terengganu Sabtu ini makin terasa. - Foto fail Awani
Bahang kehangatan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan membuka tirainya di Kerteh, Terengganu Sabtu ini makin terasa. - Foto fail Awani
A
A
A

BAHANG kehangatan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang akan membuka tirainya di Kerteh, Terengganu Sabtu ini makin terasa apabila beberapa pasukan termasuk dua pasukan berstatus WorldTeam membuat pertukaran pelumba pada saat-saat akhir.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2023, Emir Abdul Jalal berkata, dua pasukan berstatus WorldTeam - Astana Qazaqstan Team dari Kazakhstan dan wakil Amerika Syarikat, EF Education-Easypost sekali lagi mengubah 'formasi' dalam usaha mencatur strategi perlumbaan.

Malah, Emir memberitahu, ini bukanlah kali pertama pihaknya terpaksa membuat perubahan senarai nama pelumba apabila beberapa pasukan seperti Corratec-Selle Italia dari Itali, Tudor Pro Cycling (Switzerland) serta Euskaltel-Euskadi (Sepanyol) turut meminta membuat penggantian.

Eiking
Eiking

“Astana telah membuat pertukaran pelumba membabitkan Michelle Gazzoli yang digantikan dengan Leonardo Basso, sementara EF Education membabitkan pertukaran pelumba Jerman, Georg Steinhauser kepada pelumba berkaliber Norway, Odd Christian Eiking.

“Eiking sangat popular pada tahun 2021 di mana beliau memegang jersi merah Vuelta a Espana selama tujuh peringkat dari peringkat ke-10 hingga ke-16, satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang pelumba, jadi dia antara nama besar dalam LTdL tahun ini," kata Emir.

Secara tradisi, LTdL 2023 yang memasuki edisi ke-27 tahun ini akan dimulakan dengan majlis pengenalan setiap pasukan yang dijadualkan berlangsung di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada Sabtu malam.

Artikel Berkaitan: