Dasar baki sifar: Jangan halang pelajar hadiri kelas - GPMS

GEORGETOWN - Universiti Malaya (UM) digesa supaya tidak melaksanakan dasar baki sifar (zero balance policy) kepada mahasiswa kurang berkemampuan bagi membolehkan golongan penuntut terlibat mendapat pendidikan sempurna.
Naib Presiden Siswa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhammad Danial Alimin berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan pihak UM juga didesak supaya membenarkan pelajar yang terlibat menghadiri kelas seperti biasa.
"Kita mengambil maklum tentang isu ini. Oleh itu, walau apa pun berlaku, pihak pengurusan universiti tersebut wajib memberikan status pengaktifan pelajar dan membenarkan pelajar untuk menghadiri kelas seperti biasa.
"GPMS telah mendengar keluhan mahasiswa dan memohon pentadbiran UM supaya mengembalikan polisi sedia ada iaitu menyediakan satu tempoh masa bersesuaian kepada pelajar untuk menyelesaikan bayaran yuran.