Sinar Harian rangkul Anugerah Juri Media Cetak SPRM

Muhammad Shamsul (dua dari kanan) menerima Anugerah Juri Media Cetak SPRM yang disampaikan oleh Azam pada Rabu.
Muhammad Shamsul (dua dari kanan) menerima Anugerah Juri Media Cetak SPRM yang disampaikan oleh Azam pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sinar Harian berjaya merangkul Anugerah Juri bagi kategori Media Cetak pada Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2022 yang berlangsung di sini pada Rabu.

Sinar Harian menerusi laporan wartawan, Muhammad Shamsul Abd Ghani dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri menerusi artikel 'Kontroversi Caj Jenazah'.

Beliau membawa pulang trofi dan wang tunai RM1,000 serta sijil penghargaan.

Sementara itu, hadiah utama diungguli Wartawan Berita Harian, Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz dengan laporan bertajuk ‘Pelan Antirasuah Nasional’.

Azam (lima dari kiri) bersama barisan pemenang Anugerah Media SPRM 2022 yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu.
Azam (lima dari kiri) bersama barisan pemenang Anugerah Media SPRM 2022 yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu.

Dalam pada itu, Media Prima Berhad TV3 menerusi laporan ‘SPRM, Syarikat Utiliti Gempur Premis Curi Elektrik Lombong Bitcoin’ memenangi hadiah utama kategori media elektronik.

Anugerah Media SPRM diadakan pada setiap tahun untuk menghargai peranan pihak media di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 15 penyertaan diterima SPRM pada tahun ini melibatkan media cetak dan elektronik.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam ucapannya menghargai jasa media dengan menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Media SPRM 2022.

“Kekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini, dan teruskanlah mendukung usaha SPRM mencegah rasuah demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu beliau menyeru kepada pihak media supaya bertanggungjawab dengan laporan yang disediakan.

“Laporkanlah isu-isu rasuah dengan penuh tanggungjawab untuk mendidik masyarakat, dedahkan kepada mereka tentang bahayanya rasuah kepada negara.

“Sampaikanlah mesej-mesej pencegahan rasuah kepada khalayak pembaca dan penonton. Media perlu bersama-sama SPRM dalam usaha memerangi rasuah,” katanya.