Rumah Ngaji Melaka lakukan Ziarah Ilmu ke Karangkraf

Hayati (tengah) bersama peserta di studio My #QuranTime di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam bagi lawatan Ziarah Ilmu pada Rabu.
Hayati (tengah) bersama peserta di studio My #QuranTime di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam bagi lawatan Ziarah Ilmu pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 45 peserta dari Rumah Ngaji dan pertubuhan Sahabat Al-Quran Melaka menyertai lawatan Ziarah Ilmu yang dilaksanakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Pengasas Rumah Ngaji Melaka, Hayati Mohamad berkata, lawatan tersebut diketuainya bertujuan untuk sesi tadabbur al-Quran melalui pengisian ayat serta surah yang dibaca.

Selain itu, menurutnya, ia juga memberi pendedahan pengalaman kepada peserta untuk masuk ke studio My #QuranTime (MQT) di sini bagi merasai sendiri suasana ketika rakaman berlangsung.

Para peserta dibawa meninjau kawasan percetakan Karangkraf.
Para peserta dibawa meninjau kawasan percetakan Karangkraf.

“Program lawatan yang dijalankan pada hari ini merupakan salah satu aktiviti luar bagi pertubuhan kami.

“Kami sudah mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi di pekarangan masjid Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka untuk menuju ke studio MQT bagi mengikuti rakaman yang akan berlangsung pada jam 10.30 pagi.

“Seterusnya, kami menyambung lawatan ini ke muzium Rehlah Nabawiyyah, Yayasan Restu di Seksyen 10,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Hayati, beliau berterima kasih kepada Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Sinar Karangkraf, Hashim Anang kerana membawa rombongan itu meninjau kawasan Kompleks Karangkraf di sini.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih saya ucapkan kepada beliau (Hashim) kerana bermurah hati melapangkan masa membawa kami ke kilang percetakan Karangkraf dan melihat-lihat di kawasan berhampiran.

“Saya turut berharap pihaknya sudi menerima kunjungan rombongan kami pada masa akan datang,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!