Lelaki terperangkap akibat limpahan air

Bomba mengiringi seorang lelaki terperangkap di kawasan pondok berdekatan tasik akibat limpahan air di Taman Serinia TY Park, Dengkil pada Rabu.
Bomba mengiringi seorang lelaki terperangkap di kawasan pondok berdekatan tasik akibat limpahan air di Taman Serinia TY Park, Dengkil pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas terperangkap di kawasan pondok berdekatan tasik akibat limpahan air di Taman Serinia TY Park, Dengkil pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 petang berhubung kejadian.

Menurut beliau, sejurus tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki berusia 19 tahun terperangkap di kawasan pondok berdekatan tasik tersebut.

"Bomba berjaya membantu mangsa untuk bergerak ke lokasi selamat dan lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya membuat pemantauan di beberapa lokasi berisiko tinggi dinaiki air di negeri ini.

Beliau berkata, terdapat satu kawasan dilaporkan dinaiki air di Seksyen 12, Sungai Merab, Bandar Baru Bangi pada jam 3.45 petang, Rabu.

"Bagaimanapun, air kembali surut dan tiada laporan banjir di kawasan tersebut," kata beliau.

Artikel Berkaitan: