Presiden, Timbalan Presiden Pas ziarah Ismail Kamus

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.
Gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi Pas meluangkan masa menziarahi pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam perkongsian Facebook kelihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengunjungi Ismail di kediamannya.

Tuan Ibrahim mencoretkan beliau dan Abdul Hadi menziarahi Ismail di rumahnya selepas sesi dialog dan majlis berbuka puasa pimpinan Pas Pusat bersama media di Hotel de Palma, Ampang, semalam

Khamis lalu, Ismail, 71, yang juga bekas ADUN Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 menjalani pembedahan melibatkan jantung.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia sewaktu masih dirawat di IJN.

Artikel Berkaitan: