Pengurus syarikat rugi RM1.1 juta ditipu 'scammer'

Mohd Azam. Foto hiasan
Mohd Azam. Foto hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang pengurus sebuah syarikat kerugian sebanyak RM 1.1 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menawarkan kerja sambilan melalui platform media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wanita berusia 52 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki yang juga suspek melalui WhatsApp pada awal Ogos lalu.

"Suspek telah menawarkan kerja sambilan melalui dalam talian kepada mangsa, wanita itu kemudian diminta membeli barang dan dijanjikan pulangan komisen.

"Pengadu pernah menerima wang komisen berjumlah dolar Amerika Syarikat (AS) 100 (RM458)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Azam berkata, mangsa telah membuat bayaran pembelian barang ke 14 akaun bank yang berbeza seperti yang diarahkan.

"Sehingga kini pengadu tidak mendapat komisen yang dijanjikan dan telah mengalami kerugian berjumlah RM1,100,431. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: