Dewan Rakyat lulus usul KSP RMK12, tambahan peruntukan RM15 bilion

Anwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa. - Foto: Bernama
Anwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kajian Separuh Penggal (KSP), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang melibatkan penambahan syiling sebanyak RM15 bilion diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Selasa.

Kelulusan itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukkan RMK12 sebanyak RM415 bilion.

RMK12 yang diluluskan di Parlimen pada 21 Oktober 2021 merangkumi tiga tema, empat pemangkin dasar dan 14 pemacu perubahan.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan KSP RMK12 dengan menyatakan kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12 dan menambah siling sebanyak RM15 bilion lagi.

Peningkatan ini adalah bagi menambah keperluan untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.

Anwar berkata, anjakan baharu bermula dengan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih,serta meneraju ekonomi Islam.

Susulan itu, seramai 151 ahli dewan menyertai perbahasan usul KSP RMK12 mewakili kementerian-kementerian terlibat selama lima hari sehingga sesi pergulungan oleh Anwar pada Selasa.

Artikel Berkaitan: