Maut ditembak: Polis cari kereta, nombor plat

Laporan Sinar Harian pada Ahad dan Muhamad Zaki - Foto Bernama
Laporan Sinar Harian pada Ahad dan Muhamad Zaki - Foto Bernama
A
A
A

TUMPAT - Polis sedang mengesan kenderaan dan nombor plat kenderaan yang dinaiki suspek kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Hutan Kuin, Machang petang Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan kejadian dipercayai melibatkan lima lelaki dalam kenderaan terbabit ketika mendatangi mangsa yang berada di dalam trak pikap di hadapan sebuah bengkel.

Menurutnya, sukar untuk mendapatkan nombor plat kenderaan terbabit kerana tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

"Jika orang ramai ada maklumat di kawasan sekitar terutama kenderaan dan nombor plat boleh hubungi polis," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti Program Lawatan Kerja Ketua Pengarah Imigresen di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor pada Selasa.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki turut memaklumkan, siasatan terhadap motif kejadian ialah jenayah melibatkan mangsa termasuk pemilikan dan pengedaran dadah selain dua kes senjata api.

"Mangsa juga ada kes mahkamah dan terlibat dengan ugutan. Kali terakhir mangsa keluar penjara pada April lalu.

"Bagaimanapun kita tetap menjejaki suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Media pada Ahad melaporkan seorang pemilik bengkel maut dipercayai ditembak dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa ditemukan berlumuran darah dalam sebuah pikap di hadapan sebuah kedai alat ganti kenderaan.