Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada 13 September lalu.
Laporan Sinar Harian pada 13 September lalu.
A
A
A

JEMPOL - Tempoh reman bapa kandung dan ibu tiri bagi kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kejadian di Bahau, 12 September lalu disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat pada Selasa.

"Kami sedang melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Sambungan reman selama tujuh hari itu bermula hari ini sehingga 26 September depan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Selasa.