SPX perkasakan wanita, mahu menutup jurang jantina

Jumlah pekerja wanita meningkat 40 kali ganda sejak dua tahun lalu

A
A
A

Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan dan berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX.
Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan dan berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX.

SHAH ALAM - Sempena Hari Malaysia, SPX iaitu pembekal perkhidmatan penghantaran kumpulan SEA dengan 118 hab di seluruh negara meraikan dua tahun memperkasakan wanita dan merapatkan jurang jantina dalam industri kurier yang secara tradisionalnya dikuasai lelaki.

Sejak 2021, SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda dalam pelbagai peranan pengurusan seperti penyelia, ketua hab dan ketua syif.

Ini termasuk di bahagian operasi seperti pengisihan, penghantar dan penunggang. Sehingga kini, sebanyak 13 peratus penghantar dan 40 peratus pengisih adalah wanita.

SPX juga satu-satunya rakan kongsi kurier e-dagang di Malaysia yang diterajui pengarah wanita, Cheah Lee Sun.

LEE SUN
LEE SUN

Artikel Berkaitan:

Ketua SPX, Cheah Lee Sun mengalu-alukan wanita penghantar di seluruh negara kerana tidak memandang industri ini dipelopori lelaki.

“Tiada pekerjaan yang terlalu berat bagi wanita di sini, sama ada tugas itu memerlukan mengangkat barang berat atau memandu kenderaan komersial.

“Semua orang dialu-alukan, dalam semangat keterangkuman dan memberi sokongan kepada peningkatan kemahiran bakat tempatan di komuniti yang kami beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tempat kerja lebih selamat

Menurut Lee Sun, mendapatkan kapasiti logistik tambahan pada kemuncak kempen e-dagang boleh menjadi sangat kompetitif.

“SPX telah melaksanakan inisiatif polisi terbuka bagi pekerja melaporkan isu berkaitan integriti atau gangguan tanpa perlu mendedahkan nama pengadu,” katanya.

Lee Sun turut melawat hab-hab SPX, kemudahan pengisihan dan gudang malah turut mengikuti penghantar lelaki dan wanita bagi memastikan setiap pekerja diberi layanan sama rata, seterusnya memberi maklum balas untuk mempertingkatkan prestasi.

Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan. Berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX.

Sebagai ibu kepada tiga anak, Siti Sakinah menjadi contoh mewujudkan persekitaran pekerjaan yang positif dan boleh dipercayai.

“Wanita harus tahu bagaimana untuk melindungi diri dan jangan teragak-agak untuk menegur individu dengan tingkah laku yang tidak beretika,"katanya.

Fleksibiliti kerja pacu prestasi lebih baik

Sebagai pelatih Program Pemangku Pengurus Kawasan, Nadiah Mohd Shukor, 34, menjaga kebajikan pekerja wanita yang mempunyai anak-anak di hab seliaan di Hulu Langat, Balakong, Serdang, dan Titiwangsa.

“Saya akan memastikan mereka mengambil cuti apabila anak sakit, rehat tengahari dan makan secukupnya ketika kerja, walaupun pada waktu kemuncak," katanya.

NADIAH
NADIAH

Sebagai ibu kepada tujuh anak, Nadiah memahami keperluan segelintir pekerja wanita dengan dua pekerjaan yang perlu bekerja mengikut syif.

Lee Sun menyokong usaha tersebut yang memperkasakan wanita dengan memberi kelonggaran untuk menguruskan jadual penghantaran sambil membina kerjaya sendiri.

“Ketika bekerja sebagai penghantar SPX, golongan ibu boleh menghantar anak-anak ke sekolah sambil menguruskan penghantaran bungkusan sebelum syif tamat,” katanya.

Menghantar dengan lebih empati

Menurut Lee Sun, hasil daripada dasar pengambilan pekerja yang inklusif, terdapat budaya pematuhan dasar, disiplin dan pembinaan komuniti yang menggalakkan di SPX.

“Lebih berhati-hati dalam mengendalikan bungkusan dan mengingati pelanggan setia kami merupakan sikap yang diterapkan oleh wanita yang bertugas di semua kawasan kami.

“Berdasarkan pemerhatian ketika mengikuti mereka bertugas, saya dapati mereka lebih bersabar, sopan dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling,”' katanya.

Ruzita Puzi, 45, mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier dan dia berazam untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk wanita di Kedah di hab Alor Setar.

Ruzita mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier.
Ruzita mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier.

“Saya mahu wanita dari semua lapisan masyarakat untuk percaya kepada diri sendiri kerana mereka juga boleh berjaya, sama ada dalam perniagaan atau memegang peranan kepimpinan dalam syarikat.

“Sebelum ini, hab kita tiada pekerja wanita. Kemudian, kami mengupah dua wanita untuk bekerja sebagai pengisih dan berharap dapat mengambil lebih ramai wanita untuk menutup jurang jantina,” katanya.

SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda.
SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia, penghantar SPX di seluruh negara telah berganding bahu untuk menghantar sebanyak 15,000 buku percuma berjudul Unveiling Malaysian Gems kepada pelanggan tetap sambil mengibarkan bendera negara dan mengambil gambar.

Buku ini mengetengahkan perniagaan milik wanita di setiap negeri dengan segelintir mereka menyokong wanita dalam komuniti dengan mengupah dan memasukkan ke dalam perniagaan yang diusahakan.

No Image Caption

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SPX boleh layari laman web DISINI