1,551 pelajar bermalam di 25 muzium seluruh negara esok

Program bermalam di muzium bermula sejak 2005 di Muzium Negara dan menjadi salah satu program utama oleh Jabatan Muzium Malaysia.
Program bermalam di muzium bermula sejak 2005 di Muzium Negara dan menjadi salah satu program utama oleh Jabatan Muzium Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,551 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah akan bermalam di 25 muzium seluruh negara pada Jumaat.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan berkata, ia bertujuan untuk menyuburkan semangat cintakan tanah air sekali gus memupuk apresiasi tinggi terhadap warisan sejarah, seni dan budaya negara menerusi aktiviti permuziuman.

“Program ini bermula sejak 2005 di Muzium Negara dan menjadi salah satu program utama oleh Jabatan Muzium Malaysia.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung antaranya Aktiviti Ekspresi Ikat dan Celup baju-T putih menggunakan warna jalur gemilang iaitu kuning, merah serta biru secara serentak oleh semua peserta,” katanya pada Khamis.