'Kenapa masa jadi kerajaan tak pisahkan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya?' - Azalina

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.- Foto Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.- Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited dalam usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan terpelihara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau sekali gus membidas pihak pembangkang yang tidak melaksanakan perkara itu ketika gabungan berkenaan menjadi kerajaan, namun kini sering membangkitkan isu pendakwaan terpilih.

"Kenapa semasa yang di sana jadi kerajaan tidak pisahkan (Pengasingan kuasa) Peguam Negara? Bila Yang Berhormat di sana kena, kata ‘oh pendakwaan terpilih’, bila sini yang kena, kata padan muka.

"Kerajaan Madani komited kepada tata kelola lebih adil. Kami walk the talk. Mereka (pembangkang), they don’t walk, they don’t talk,” kata Azalina ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.