PDRM sedia bantu Polis Gujerat buru 5 warga tempatan kes pengubahan wang haram

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia(PDRM) sedia membantu Polis India untuk mengesan lima rakyat negara ini yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah Rs33 crore (RM18.6 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan sekiranya diperlukan.

Menurut beliau, bagaimanapun, hasil semakan dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL), pihaknya belum menerima sebarang permohonan bantuan daripada pihak India setakat ini.

"PDRM bersedia untuk memberikan bantuan kepada Polis Gujarat, India bagi mengesan lima suspek ini sekiranya ada permohonan secara rasmi yang dibuat.

"Biarpun kegiatan tersebut dilakukan di luar negara namun ia merupakan satu kesalahan jenayah," katanya pada Isnin.

Laporan media sebelum ini menyatakan Polis Gujarat, India sedang giat menjejaki lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram di India.

Siasatan dilancarkan susulan kes sejumlah Rs33 crore didapati 'mengalir' daripada beribu-ribu akaun bank di dua daerah di Saurashtra ke Kuala Lumpur melalui aktiviti pengubahan wang haram.

Kes ini dikatakan berkaitan penipuan di dalangi warga China yang menyaksikan seramai 1,175 mangsa di Gujarat terjerat dengan sindiket aplikasi pertaruhan bola sepak berasaskan skim ponzi.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu satu laporan maklumat pertama (FIR) baharu difailkan oleh polis Gujerat terhadap 15 individu, termasuk lima warga Malaysia terbabit.

Sindiket itu dituduh mengatur skim yang membabitkan penciptaan akaun bank palsu di daerah Rajkot dan Veraval bagi melakukan penipuan serta pengubahan haram terhadap wang diperoleh secara tidak sah melalui permainan dan pertaruhan dalam talian.