'Jangan risau situasi Azizul'

Amarjit (kanan) percaya Azizulhasni mempunyai semangat juang tinggi bagi menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Amarjit (kanan) percaya Azizulhasni mempunyai semangat juang tinggi bagi menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berada dalam keadaan baik selepas mengalami insiden kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh berkata, Azizulhasni kini mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan Institut Sukan Negara (ISN).

“Saya sudah mendapatkan info terkini daripada ketua jurulatih, John Beasley sejurus insiden itu semalam (Sabtu). Nasib baik... syukur kepada Tuhan, Azizul tidak mengalami kecederaan serius atau patah tulang.

“Saya dimaklumkan, Azizul hanya mengalami kecederaan ringan dan lebam-lebam pada bahagian kaki dan tangan. Tiada apa yang serius dan Azizul juga sudah kembali menjalani senaman ringan pagi tadi (Ahad).