Lelaki Uganda kahwini tujuh isteri serentak, idam anak ramai

Habib bersama tujuh isteri yang dikahwini baru-baru ini. - Foto Agensi
Habib bersama tujuh isteri yang dikahwini baru-baru ini. - Foto Agensi
A
A
A

KAMPALA - Seorang lelaki Uganda dianggap paling beruntung apabila mengahwini tujuh isteri secara serentak pada minggu ini dan bertekad untuk memiliki anak ramai.

Kisah perkahwinannya tular di platform media sosial di mana ramai netizen 'kagum' dengan 'kehandalan' lelaki itu memikat tujuh wanita untuk dijadikan isteri.

Habib Nsikonnene, 43, seorang pakar perubatan tradisional telah menghantar kereta untuk menjemput isteri-isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan mereka berlangsung.

Perarakan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.

Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.

"Saya kenal isteri-isteri ini secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekaligus untuk menjadi keluarga besar," katanya.

Bapa Habib mendedahkan bahawa poligami adalah sah di Uganda dan lelaki di sini mempunyai ramai isteri.

Artikel Berkaitan:

Katanya, datuknya mempunyai enam isteri manakala bapanya lima isteri dan dia sendiri mempunyai empat isteri.

"Anak saya mengatasi semua dalam satu masa," jelasnya. - Agensi