Guru Muzik Gamelan Berbangsa India

A
A
A

Guru Muzik Gamelan berbangsa India, B Nicholas (depan, kiri) melatih pelajar-pelajar bermain muzik Gamelan di Sekolah Kebangsaan Medini ketika ditemui di Iskandar Puteri baru-baru ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata beliau mengajar gamelan pada setiap hari Khamis dan Jumaat di sekolah berkenaan, manakala pada hari biasa bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK Medini.

Memiliki Diploma Seni Muzik daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Nicholas berkata cintanya terhadap muzik tradisional itu berputik selepas mendengar alunan gamelan ketika sedang menjalani latihan silat di sekolah.

Hingga kini, beliau telah melatih kira-kira 50 pelajar bermain alat muzik gamelan iaitu gong, gendang ibu, gendang anak, saron baron, jidor, serunai dan kerincing. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: