Kantoi selepas lima jam pecah rumah, curi kereta

Suspek yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki itu ditahan polis selepas kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan melalui Jalan Mahmood berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Suspek yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki itu ditahan polis selepas kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan melalui Jalan Mahmood berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
A
A
A

TUMPAT - Cubaan lima penjenayah melarikan kereta Toyota Vios berwarna merah selepas lima jam pecah masuk sebuah rumah seorang guru di Lorong Pak Ku Kampung Air Dingin, di sini gagal apabila kesemua mereka ditangkap pihak polis ketika sedang menaiki kereta tersebut.

Suspek yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki itu ditahan polis selepas kereta tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan melalui Jalan Mahmood berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, hasil pemeriksaan polis menemui komputer riba dan Iphone 7 Plus serta pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk pecah rumah.

"Kesemua mereka juga didapati positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Suspek yang melarikan Toyota Vios ditahan polis.
Suspek yang melarikan Toyota Vios ditahan polis.

Sementara itu, mangsa Sarbanu Mohd Zain, 54, berkata, kejadian pecah rumah itu berlaku jam 3 pagi selepas menyedari bunyi enjin keretanya dihidupkan penjenayah.

"Saya terus kejutkan suami, dia cepat-cepat bangun intai melalui tingkap bilik tidur.

"Sekelip mata kereta itu lesap dari garaj rumah kami, mujurlah motosikal tidak sempat diambil mereka kerana ditinggalkan di lorong masuk rumah kami," katanya.

Nurul Iffah, 17, merupakan anak Sarbanu menunjukkan sisip angin dipecah masuk penjenayah terbabit.
Nurul Iffah, 17, merupakan anak Sarbanu menunjukkan sisip angin dipecah masuk penjenayah terbabit.

Artikel Berkaitan:

Sarbanu berkata, rumahnya dipecah masuk melalui tingkap sisip angin dan perompak itu dipercayai telah memasukkan tangannya untuk membuka kunci dari dalam.

"Mereka masuk mencuri sebelum kami tiga beranak bangun bersahur. Biasanya kami bangun jam 4 pagi untuk bersahur," katanya.

Kejadian itu menyebabkan beg duit milik suaminya Mohamad Zawawi Che Yusoff, 55, yang mengandungi wang tunai RM200 serta komputer riba dan Iphone 7 Plus lesap.

Terdahulu, kehilangan kereta Toyota Vios milik Mohamad Zawawi merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 itu tular di media sosial dan dapat dikesan rakan anaknya apabila ternampak kereta itu melalui jalan hadapan pasaraya KB Mall dan memberitahu polis trafik yang mengawal lalu lintas.