JKM cari waris bayi dibuang dekat pusat tahfiz

Bayi lelaki yang ditemukan berdekatan sebuah pusat tahfiz di Besut pada 29 Ogos lalu.
Bayi lelaki yang ditemukan berdekatan sebuah pusat tahfiz di Besut pada 29 Ogos lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mencari ibu kandung atau waris kepada seorang bayi lelaki yang dijumpai dalam bekas plastik di sebuah wakaf berdekatan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) Besut pada 29 Ogos lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, Zulbahri Ibrahim dalam kenyataan pada Khamis berkata, bayi itu telah mendapat perintah bawah seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 oleh Mahkamah Majistret Besut pada 6 September lalu untuk ditempatkan dalam jagaan JKM sehingga kini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris bayi berkenaan diminta menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Besut, Noradawiah Ab Manaf di talian 09-6956042.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki terkejut apabila menemukan seorang bayi dipercayai baru dilahirkan di wakaf rehat berhampiran sebuah pusat tahfiz di Besut.

Bayi tersebut dijumpai ketika lelaki berkenaan sedang mengecat di dalam premis di pusat tahfiz itu kira-kira jam jam 8 pagi.

Artikel Berkaitan: